Product Description
Berkelah di hutan lipur sambil mandi-manda di kawasan air terjun mendinginkan yang mengalir dari gunung dengan ditemani suara kicauan burung di sekeliling pasti menjadi dambaan setiap orang yang ingin menikmati percutian berasaskan keindahan alam semula jadi.
Namun, suasana percutian diidamkan mungkin hambar sekiranya kawasan perkelahan dikunjungi sesak dengan kehadiran pelancong lain sehingga terpaksa berebut-rebut bagi mendapatkan sudut terbaik untuk berkelah.
Jemu dengan suasana percutian sedemikian? Kami menjemput anda untuk menikmati percutian bajet dan privasi untuk seisi keluarga.
Terletak berhampiran kawasan air terjun Batu Hampar dan Titi Hayun, Salak Denai bukan satu destinasi percutian mewah yang dilengkapi dengan pelbagai infrastruktur, pengunjung dijamin berpuas hati sekiranya memilih untuk bercuti disini.
Reviews
There are no reviews yet.